WELCOME TO MY BLOG..

Tuesday, 20 December 2011

My Friends 2KAA

IKA WITH FRIENDS 2KAA


IKA N FRIENDS di EKO PARK


IKA N RUFAIDAH

IKA, SYAIRAH N RUFAIDAH MAKAN PETANG di HOTEL HILLCITTY


IKA N FRIENDS di RUMAH USTAZAH ZAIMAH di BOTANI






IKA N FRIENDS MENUNGGU PIZZA (hmm.. perut dh lapar ni.. hehe..)

IKA, ADIBAH, AIMUNI N FARAH POSING di EKO PARK

IKA, ADIBAH N KAWAN2 MAIN BATU SEREMBAN


IKA, FRIENDS N TEACHER(my mom) di BILIK KH

KAMI di BLOCK KH


IKA.JASMIN,IRAH,QISTINA N SYAF POSING di KELAS


IKA, SHARIFAH N ADIBAH POSING di BAWAH POKOK


IKA, JASMIN(MJ) N ADIBAH POSING


MJ( Micheal Jasmin) POSING di BILIK JAHITAN




KAMI PERGI ke ANDERSON


KAMI CHATING FB di BILIK JAHITAN


KAMI MAIN CONGKAK

IKA, RUFAIDAH N ADIBAH MAIN DAM


KAMI MAKAN MASAKAN KAMI. hmm.. sedap.. sedap3.. nak rasa??


PELAJAR-PELAJAR 2KAA

































Monday, 19 December 2011

Kisah aku dan BFF


Pada bulan April permulaan hubungan BFF( Best Friend Forever) kitorang. Pada waktu Sivik dia meminta aku supaya menjadi BFF dia. Dia duduk di sebelah meja aku di kelas. Pada mulanya kami tidak begitu rapat sehingga pada hari itu. Aku tak sanggup untuk menolak pelawaannya. Aku dengan tidak memikir panjang aku menerimanya sebagai BFF aku. Aku juga merasakan bahawa pelawaan ini bagus untuk membuat kawan aku cemburu dengan hubungan aku dan dia. Kami membuat beberapa perjanjian sebelum memulakan hubungan kami. Antara perjanjiannya kami akan sentiasa bersama, sentiasa percaya antara satu sama lain, tidak akan simpan sebarang rahsia dan macam2 lagi la. Aku sebenarnya dah lupa. Aku hanya ingat itu sahaja. Kami juga mencipta salaman 'special' kami.
     Setiap hari dan setiap saat aku berada di sekolah dia sentiasa setia di sebelah ku. Dia juga mengetahui masalah aku. Dia menyarankan aku supaya berjumpa kaunselor. Aku setuju dengan saranannya. Aku menerima nasihat kaunselor. Seperti biasa dia sentiasa setia disampingku. Aku sudah mengenalinya sedikit demi sedikit. Dia suka menyanyi dan mendengar lagu. Aku juga suka mendengar lagu. Aku selalu mendengar lagu dengannya selepas tuisyen. Kadang2 aku mendengar nya menyanyi walaupun suara dia tidak lah terlalu sedap, tetapi aku setia mendengar nya menyanyi. Oleh sebab itu hari demi hari aku semakin sayang kan nya. Aku sudah melupakan hasrat aku untuk membuat kawan ku cemburu.
     Setiap hubungan pasti ada masalah. Hubungan kami juga mempunyai masalah. Tetapi dengan ada masalah ia juga dapat merapatkan hubungan kami. Antara masalah kami yang paling besar ialah CEMBURU!! Kawan aku yang aku mahu dia cemburu dulu semakin rapat dengan aku. Ini mengakibatkan hubungan dengannya semakin renggang. Dan juga aku pernah sempat memikirkan untuk meminta putus dengannya. Tetapi sikap sayang aku kepada nya menghalangkan fikiran itu. Aku juga pernah menangis kerana hubungan kami yang semakin renggang. Kerana selain hubungan aku dan kawan aku semakin rapat, dia juga semakin rapat dengan kawan lama nya. Semasa aku dengan nya sedang berjalan tiba-tiba kawan lamanya berjalan di depan kami. Dia dengan selamba nya pergi ke kawan lama nya dan meninggalkan ku. Aku berasa sungguh sedih dan aku merasa mahu menangis ketika itu tetapi aku hanya mampu menahan nya saja. Aku jalan ke dua kawan ku yang berada di depan kami berdua. Mereka menanya aku dimana BFF ku. Aku menyatakan dia pergi berjalan-jalan dengan kawan lama nya. Kawan ku menyatakan kepada ku 'Kesian kena tinggal'. Aku diam sahaja. Kami menuju ke PSS untuk menjalani tanggungjawab kami sebagai Pengawas PSS. Selapas setengah jam kemudian, dia habis berjalan-jalan dengan kawan lamanya dia masuk ke dalam PSS seorang diri dan memberi kad kepada ku untuk meminjam buku. Aku mengambil kad itu dan memberi buku kepada nya dengan muka yang masam. Dia menanya kepada aku sama ada aku marah kepada nya atau tidak. Aku menyatakan kepada nya bahawa aku tidak marah kepada nya dan memberikan senyumanku walaupun aku marah kepada nya. Aku tidak mahu hubungan kami menjadi semakin renggang. Kemudian dia ke kawan lamanya. Dan beberapa minit kemudian mereka berdua keluar untuk menyalin pakaian kerana mereka mempunyai aktiviti selepas ini. Dan selepas mereka menyalin pakaian mereka datang ke PSS semula. Kawan lamanya duduk di sebelahku di kaunter. BFF ku mengambil kerusi dan duduk di sebelah kawan lamanya. Mereka mendengar lagu dan menyanyi bersama-sama. Aku berasa sangat cemburu dengan mereka. Aku tidak sanggup melihat mereka. Aku sambung membaca buku. Tetapi aku tidak dapat menumpukan perhatian kerana dalam fikiran aku perasaan sakit hati, cemburu dan sedih bercampur baur. Walaupun aku tidak tahu apa yang aku baca aku membacanya juga. Lagu Percaya Padaku di dengar oleh mereka. Kawan lamanya menyatakan bahawa lagu itu lagu kesukaan BFF ku. Aku teringat tentang kenangan terindah kitorang dengan lagu itu. Kenangan Terindah ketawa dan nyanyian kami dengan lagu tu. Perasaan sedih semakin bertambah. Setitis air mataku terkeluar dengan tiba-tiba. Aku cepat-cepat mengelap nya. Selepas beberapa minit kemudian mereka keluar dari PSS. Masa itu lah aku menenangkan diriku. Selepas perasaan itu hilang aku pon pergi ke kelas dan mengambil beg untuk pulang. Aku terserempak dengan nya. Dia berjalan keseorangan. Dia menyapa aku. Aku hanya mampu tersenyum. Dia menanya aku sama ada aku marah kepada aku ke tidak. Aku menanya kenapa nya menapa dia tanya cam tu. Dia cakap sebab dia hari ni lebih rapat dengan kawan lamanya daripada aku. Aku menjawab bahawa aku marah dengannya. Dia meminta maaf kepada ku. Aku memaafkannya. Selepas itu aku turun ke bawah. Aku menunggu ibu ku di kantin. Aku rasa dia tak akan rapat dengan kawan lamanya tetapi ternyata fikiranku salah. Dia tetap rapat dengan kawan lamanya. Dia turun dengan kawan lamanya. Dia berjalan di depanku. Dia tidak menyapa aku bahkan dia langsung tidak memandangku. Aku berasa sangat di biarkan. Selepas beberapa minit kemudian, ibu aku datang kepadaku. Lalu kami menuju ke arah kereta. Dia menjerit nama ku dan melambai kan tangan kepada ku. Dia duduk di atas pentas dengan kawan lamanya. Aku melihat nya hanya sebentar. Aku tidak membalas lambaian nya kerana hati ku begitu sakit. Aku tidak dapat menghalang perasaan itu lagi. Setelah sampai aku ke kereta, aku berasa menyesal buat dia begitu. Aku memandang ke atas pentas semula. Tetapi hampa, mereka sudah tidak ada di situ. Setiap masalah pasti ada penghujung. Masalah kami juga ada penghujungnya selain masalah ini tidak ada penghujung. Kami tidak menyelesaikan masalah itu. Sekarang kami hanya kawan seperti sebelum BFF tetapi kami tidak pernah putuskan hubungan kami. 
     Hanya itu la kisah kami berdua. Semasa cuti sekolah ni. Kami saling merindui antara sama lain. Dan rindu mengakibatkan hubungan kami semakin rapat. Aku berharap dan berdoa agar tahun depan kami dapat rapat seperti kami mula-mula BFF dulu. Korang pon doakan ok.. AMIN.. Harap korang faham la cerita ni ye. Sorry kalau korang tak faham cerita ni.

~THE END~

Wednesday, 16 March 2011

ika syafiqah life

Saya mempunyai 4 orang adik beradik termaksud saya. Nama ayah saya ialah Abdul Ghani.  Ayah saya seorang businessman. Nama ibu saya pula ialah Faridatul Akmar. Ibu saya seorang guru. Ibu saya mengajar di SMK Seri Ampang. Ibu saya juga ialah guru kepada saya. Nama kakak saya ialah Nur Fatini. Dia sedang belajar di UITM Shah Alam. Nama abang saya pula ialah Muhammad Syafiq. Dia sedang belajar di Matrikulasi Gopeng. Adik saya pula bernama Muhammad Faiz Fahmi.  Dia berumur 13 tahun. Dia belajar di STAR.